MENGEJUTKAN SEMUA ORANG..!! Kembar TUMPANG HIDUP dalam perut selama 15 tahun..!

Seorang remaja dari Baling, Kedah, tidak menyangka punca perutnya membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan kembarnya yang hidup di dalam perut selama 15 tahun tanpa disedari.

Menerusi perkongsian dari seorang pengguna Facebook, yang difahamkan kakak kepada remaja berkenaan, adiknya sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan kembarnya itu.



Lebih mengejutkan 'kembar' remaja itu mempunyai rambut yang panjang dan juga mempunyai jantina yang sudah terbentuk.

"Janin yang dikeluarkan itu ada rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki, tangan dan alat sulit yang sudah terbentuk", kata sumber menerusi keratan berita dari Sinar Online.

Kes seumpama ini bukan pertama kali terjadi. Sebelum ini di India, doktor terkejut apabila mendapati ada 'kembar' di dalam perut seorang remaja berusia 18 tahun yang dikatakan seberat 2.6 kg jisim tulang, sudah berambut serta gigi. —Siakapkeli.my



Doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.

0 Response to "MENGEJUTKAN SEMUA ORANG..!! Kembar TUMPANG HIDUP dalam perut selama 15 tahun..!"

Post a Comment