"Cikgu, apa itu sunat?" tanya Liling [bukan nama sebenar].
Saya tergamam. Saya lihat wajah pelajar Tingkatan 1 berbangsa Cina itu. Ternyata dia serius nak tahu.
Tatkala pelajar-pelajar lain sibuk menyalin soalan Bahasa Inggeris daripada papan tulis, tiba-tiba dia berbisik kepada saya soalan tersebut dalam bahasa Mandarin.
"Mana kamu dengar perkataan itu?" saya meminta kepastian daripadanya.
"Zul kata lelaki kena potong benda mereka tu dengan pisau," kata amoi itu lagi.
"Cikgu, Zul tak malu betul, benda tu pun dia nak bagitau mereka," celah si Amin yang duduk di hadapan Liling.
"Dia yang nak tahu, saya ceritalah!" jawab Zul pula.
Saya mula membilang dari 1 ke 10... sabar, sabar..
'Cikgu, betul ke kena potong?" perasaan ingin tahu Liling meluap-luap.
Saya menarik nafas panjang. Mau tak mau, perlu jawab. Kalau tidak, lagi bising kelas itu nanti.
Tapi bagaimana nak jawab, pada waktu singkat begitu?
"Sunat adalah untuk lelaki Islam, mesti buat semasa di sekolah rendah," saya jelaskan.
"Kena potongkah kulit?"
"Sikit saja," saya cuba menahan ketawa. Buat wajah selamba sambil menjawab seringkas yang boleh.
"Tak sakit ke?"
"Sikit saja, macam semut gigit. Sekarang biasanya dilakukan di klinik, dengan pisau kecil saja, Nak jadi lelaki, kenalah berani," saya senyum padanya.
"Tapi.. kawan saya seorang perempuan, dia kata dia kena sunat juga," Liling semakin hairan.
"Ada perempuan yang disunat juga, tetapi ketika dia masih bayi kecil. Perempuan tak wajib, tapi lelaki wajib laluinya. Kalau tak sunat, lelaki Islam tak dapat sembahyang dengan sempurna, kerana dianggap masih tidak bersih."
"Ooooo..." Liling mengangguk faham. Kelihatan dia berpaling dan berbisik dengan kawannya.
"Cikgu, kenapa ckgu pakai tudung panjang [labuh]?" tanya Liling lagi beberapa minit kemudian, masih dalam bahasa Mandarin, sedangkan dia sebenarnya boleh berbahasa Inggeris.
"Nak tutup ni," saya jelaskan sambil tangan dihalakan ke arah dada. Juga dalam bahasanya.
"Cikgu lain, ramai yang pakai tudung pendek saja?"
"Tudung mesti tutup dada," saya ulangi lagi sambil tersenyum.
"Ok."
Amin menyampuk,"Cikgu, saya tak faham 100% apa cikgu cakap tu tapi saya setuju. Cakap cikgu boleh percaya, tapi cakap Zul tak boleh percaya sebab dia banyak kelentong."
Ketika itulah, saya hampir tak tahan, nak gelak kuat-kuat.
Pening. Ada sahaja soalan yang tidak berkaitan dengan subjek yang saya ajar ditujukan oleh para pelajar. Maklumlah saya sahaja guru yang berbangsa Cina, boleh berbahasa Cina Hokkien dan Mandarin tetapi beragama Islam di sekolah. Ia secara tidak langsung menjadikan saya seolah-olah tempat rujukan untuk apa-apa sahaja berkaitan dengan Islam, yang ingin diketahui oleh pelajar Cina.
Mereka lebih selesa bertanya dalam bahasa Cina kerana tidak akan difahami oleh pelajar bangsa lain.
Ini bukanlah sesuatu yang saya jangka akan berlaku apabila saya memulakan tugas di sekolah tetapi nampaknya, ia bakal menjadi satu tanggungjawab yang perlu saya pikul dengan berhati-hati, insyaAllah.
SUMBER: http://alkisahbest.blogspot.my/2016/05/gadis-comel-ini-bertanya-di-twitter.html
0 Response to "JOM TANYA USTAZ!!! Gadis Comel Ini Bertanya Di Twitter Kenapa Lelaki Kena Sunat Dan Ini Jawapan Ustaz Yang Mengejutkan!"
Post a Comment