Media Indonesia mendedahkan mangsa dimasukkan tombol kayu cangkul sepanjang 65 sentimeter ke dalam kemaluannya, sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang dipercayai cemburu setelah mengetahui mangsa bakal berkahwin dengan pemuda lain.
Kekejaman manusia bertopeng syaitan ini mengingatkan kepada sebuah peristiwa yang seakan sama berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Jepun, Junko Furuta, pada tahun 1989 lapor Mynewshub.
Permulaan kematian mereka hampir sama apabila mengatakan “No” kepada permintaan lelaki di mana Eno mengatakan “tidak” kepada teman lelakinya untuk mengadakan hubungan seks, manakala Junko mengatakan “tidak” untuk menjadi teman wanita Hiroshi.
Akibatnya, kedua-dua mangsa, Eno dan Junko dirogol beramai-ramai dan diseksa sehingga mati. Eno mati dalam keadaan yang mengerikan, tetapi Junko sebenarnya lebih mengerikan daripada Eno.
Eno mati apabila ditusuk oleh cangkul di kemaluannya sehingga menembusi rongga dada. Manakala Junko dirogol dalam 4 lelaki (atau lebih), dikencing, dibakar bulu mata dengan lilin, kemaluan dibakar dengan rokok dan lighter, digantung disiling dan dijadikan beg boxing, dipaksa minum air kencing sendiri dan makan lipas, dan berbagai lagi kekejaman yang sangat mengerikan.
Persamaan kedua kes ini adalah mangsa dan pemangsa adalah merupakan dalam kalangan remaja yang berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun.
Persoalan timbul, bagaimana budak mentah sebegitu boleh jadi sebegitu kejam dan sangat sadis.
Menurut seorang profesor di Stanford University, Philip Zimbardo yang menjalankan ujikaji terhadap banduan di Stanford mengatakan penguasaan berlaku apabila orang yang berkuasa tidak lagi melihat orang yang dikuasai sebagai manusia, mereka hanya dipandang sebagai objek.
Di dalam laporan ujikajinya, dia sengaja memberi uniform dan cermin mata gelap kepada pengawal penjara sebagai olok-olok bagi memberi persepsi ‘perasaan’ kekuasaan dan mengelakkan eye-contact dengan banduan.
Manakala banduan pula diberi uniform berlainan dan diberi nombor. Mereka dipanggil nombor dan bukannya nama sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak lagi dipandang sebagai manusia, tetapi banduan atau objek yang ingin dikawal.
Di dalam kes Eno dan Junko, mereka tidak lagi dipandang sebagai manusia, tetapi sebagai objek seks.
Ini menjelaskan kenapa mereka berdua dirogol beramai-ramai dan berulang kali diseksa secara fizikal tanpa sedikit perasaan kasihan ketika mendengar mangsa merayu, menjerit kesakitan, dan merintih simpati.
Persoalan yang lain juga timbul, apabila salah seorang mereka telah melakukan sesuatu di luar jangkaan akal, tetapi tiada seorang antara mereka menghalang atau menghentikannya.
Eno ditusuk menggunakan cangkul sehingga ke rongga dada manakala Junko diseksa selama 44 hari. Tiada seorang pun antara mereka dikatakan menghalang kejadian tersebut.
Berbalik kepada laporan uji kaji Zimbardo, pengawal penjara yang diberikan tugasan dalam kajiannya mengatakan dia sendiri mahu menjadi subjek dalam eksperimen tersebut.
“Sejauh mana mereka mampu menahan penderaan saya dan saya akan tunggu mereka menjawab ‘knock it off‘, namun pengawal lain dilihat tidak menghalang perbuatan saya.
“Mereka (pengawal) seakan ingin menyertai saya dengan melihat saya sebagai ‘ketua’, dan tiada ada seorang pun pengawal mengatakan: “awak tidak sepatutnya melakukan perbuatan ini“, kata David Eshelma.
Apabila seorang antara mereka melakukan perkara yang tidak masuk akal, yang lain akan cenderung untuk mendiamkan sahaja. Malah mereka turut serta melakukan benda yang sama apabila tiada siapa yang mempertikaikannya.
Ia boleh diperjelaskan lagi dengan kajian Ash Comformity, yang mendedahkan apabila sesuatu perkara jahat dilakukan secara beramai-ramai, individu yang selama ini mengetahui perbuatan tersebut salah akan mula di bawah pengaruh ‘merelakan kesalahan’ tersebut.
Pada mulanya mereka cuma merogol dan memukul, dan yang lain pula sudah mencapai tahap conformity atau tahap merelakan apa yang berlaku di depan matanya.
Maka, salah seorang antara mereka mula akan melakukan “little experiment” sendiri dan menyebabkan tahap kerelaan keganasan yang lain naik kepada satu tahap yang lain.
Kerana itu apabila Eno dilakukan sebegitu, suspek yang lain turut serta menolongnya. Malah Junko diseksa dengan teruk sekali dan suspek lain turut serta menyeksa dia sehingga 44 hari.
Laporan turut mengatakan mercun telah disumbat di dalam lubang dubur Junko dan diletupkan sehingga menyebabkan kecederaan serius.
Iktibar yang boleh diambil daripada kisah mereka berdua adalah dengan mengajar anak lelaki masing-masing dan lelaki di sekeliling untuk tidak melihat wanita sebagai objek seks.
Seperti di dalam Islam, bahawa tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam mencapai kedudukan tertinggi di sisi Allah.
Didiklah mereka untuk melihat wanita sebagai manusia dan saudara mereka. Apabila seseorang wanita itu mengatakan “tidak” ataupun “no”, sila hormat dan terima secara ikhlas.
Yang kedua adalah, untuk tidak merelakan sebarang keganasan yang berlaku di depan mata walaupun majoriti ketika itu seperti merelakan dan membiarkan sahaja.
Anda pasti pernah dengar kes yang wanita juga dibuli secara beramai-ramai oleh wanita yang lain. Ini kerana dalam kumpulan tersebut sudah merelakan keganasan yang dilakukan walaupun di luar norma wanita yang sinonim dengan kelembutan dan kasih sayang.
Seseorang perlu bangun dan menyedarkan yang lain untuk tidak sama-sama merelakan keganasan.
Apabila terdapat pihak yang mempunyai akal dan bangkit melawan keganasan di depan mata, maka segelintir lain akan turut serta kerana secara psikologinya, manusia yang lemah akan cenderung ke arah golongan majoriti.
“Majoriti buat, so, tak salah la aku buat”. Jadi kena ingatkan untuk “benda ini salah! Jom hentikan!”
Sama-sama lah kita mengambil inisiatif untuk mengelakkan perkara sekejam lagi menyedihkan ini agar tidak berulang di masa hadapan.
Sumber
0 Response to "KES Pembunuhan Enno ulangi SEJARAH HITAM Dunia Pembunuhan "JUNKO" dirogol selama 30 hari seramai 44 orang.. !!"
Post a Comment