PANAS!! PANAS !! Duit saya berjuta, kenapa perlu tipu Yazit, soal Amy Search

KUALA LUMPUR, 21 Mei ― Tiada sebab untuk menggelapkan wang milik pemain dram Yazit Ahmad kerana pendapatan sedia ada sudah mencukupi, kata vokalis kumpulan Search.

Amy berkata Yazit harus berhenti melemparkan tuduhan Search tidak memberinya wang deposit konsert kerana sudah menerima banyak manfaat daripada rakan kumpulannya.

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu?

“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,” katanya kepada ProjekMMO semalam selepas sidang media membatalkan konsert 30 Ogos ini.



Penyanyi lagu “Fantasia Bulan Madu” diminta mengulas dakwaan Yazit tidak menerima bayaran pendahuluan konsert itu, sempena ulang tahun ke-35 Search.

Dalam sidang medianya minggu lepas, Yazit juga mendakwa diabaikan ahli kumpulan itu sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Amy, 57, berkata dakwaan rakannya itu tidak benar kerana kumpulan Search tidak mahu memperlihatkan beliau dalam keadaan sakit kepada umum.

“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” katanya.Diminta mengulas cadangan Yazit agar satu konsert kebajikan diadakan bagi menampung kos perubatannya, Amy berkata ia bukan satu keperluan.

Katanya, Yazit harus bersyukur masih menjana pendapatan hasil kerja keras ahli-ahli lain Search.

“Kenapa saya nak buat konsert kebajikan untuk dia? Setiap konsert dia dapat duit.

“Masa konsert di Istana Budaya empat malam, dia main empat lagu, dia di atas pentas setengah jam, saya dua jam setengah, saya nyanyi macam hendak mati.

“Dia dapat RM42,000 dengan duit T shirt RM7,000. Tidakkah dia kena bersyukur? Terima kasih kepada kawan. Kawan yang cari rezeki,” katanya.

Amy, nama glamor Suhaimi Abdul Rahman, berkata pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan Search bukan isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

Katanya, Yazit harus bersikap matang seiring dengan usia kumpulan rock legenda itu yang sudah 35 tahun.

“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya.

“Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang.

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58. Kita tidak sepatutnya cakap begini.

“Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?” soal Amy, yang ditemani Nordin, pemain bes Search.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/duit-saya-berjuta-kenapa-perlu-tipu-yazit-soal-amy-search#sthash.ziti4ysc.dpuf

0 Response to "PANAS!! PANAS !! Duit saya berjuta, kenapa perlu tipu Yazit, soal Amy Search "

Post a Comment